ni sorang lagi ahli group ni...sapelah yg x kenal??...muka macam pelawak raja lawak johan tu???yer ker????????..kalo x caye cube koerang zoom muke dier kalo dpt tgok dkt2...dier ni seorang yang cool jer..anak mak..manje ngan mak dier..suke sgt main....main ape??main bola sepak...nasib baik dier sepak bola...jgn sepak kepala orang plakk..(boleh jugak)..hmmmhh...pepun C jOhan nie k daknye...all d bez tok die
Khamis, 8 April 2010
salam....
aku b'asl dri mersing...kwn2 memanggil aq dgn glrn fida..mempunyai 4 org adk bradik dan masih blajr...aq mempunyai 1 hobi yang xbleh ditinggalkan iaitu tido....mmg x sah kalo ad mse tluang aq x tido...mcn org len, aq jgak ad mknan kgmran....aq mmg mnat dgn buger aym double special...hmpr stiap ari aq akn bley tok mkn...mgenai citer plak, aq mmg mnat cter yg klakr...dlm diam sdah hmpir 3 thun aq bljr kt Instedt...mcm2 aq lalui spjg brada di sini...cme tggl bper blan lgi tok aq hdpi LJM..aq hrp dpt buat yg tbaik...
Rabu, 7 April 2010
ehemmm...
hye....assalamualaikum pade smua yang sudi membongkar blog ktorang...sebelum tu,ak nak kanlkan diri..ak,cik pai..haaa..bkn no lia ghuni ea..nak cter lebih,smua pun dah tau sal diri ak kan..hobi....opkos suke sangat membote je pas balik clas..hehehe..ne taknye tme rhat ak spuhnye kat ghumah..xmo r jenjalan..xske3!gpun buat pe jer dgn dunia luo 2.blek2 jmpa dak2 cllge..muak doh..pe pun doakan kejayaan ak kat INSTEDT ea..pada cik zul,buat soalan Final 2 sonang2 r sket eak..cedera bdn nak baca note cik oi..hehehe
Jumaat, 15 Januari 2010

MULUT ini BUKAN dicipta untuk mengarah,mengumpat,mencaci,mencela dan yang sama waktu dengannya.....akan tetapi MULUT ini seharusnya dihiasi dengan zikir,tasbih,tahmid,memuji kebesaran Allah S.W.T. BUKAN untuk menyatakan yang BERSEMBANG itu salah,TIDAK...apa yang penting disini adalah cara kita menggunakan mulut atau cara pertuturan kita....itu yang penting...ada hadis yang saya sertakan disini yang membawa maksud 'setiap perbuatan bermula dengan niat'...jadi,setiap tutur kata yang kita ucapkan adalah bermula dari akal kita dan ianya juga bermula apabila hati kita terdetik untuk mengatakan sesuatu...saya bukan apa,saya pun nak nasihatkan diri saya jugak..terpulang la pada semua sama ada nak terima atau tidak...

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah
Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.
Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.
Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.
Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?
Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.
Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.
Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.
Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.
Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.
Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.
- khai -
